in

Video Baem Menangis Bila Tahu Qayyum Akan Pergi Buat Netizen Sebak

Nama Qayyum atau nama penuhnya, Qayyum Aliffshah anak angkat kepada pasangan pengasas produk kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida menjadi sebutan di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Kisah Qayyum yang akan diserahkan kembali kepada keluarga kandungnya pada hari ini membuatkan ramai yang sedih dan tidak sanggup menyaksikan perpisahan Qayyum dengan keluarga angkatnya.

Auto Draft

Bukan sahaja Datuk Aliff dan Datin Shahida yang terkesan dengan keputusan yang terpaksa diambil ini, tetapi anak-anak mereka turut sama merasai kesedihan untuk berpisah dengan Qayyum.

Setelah setahun lebih Qayyum dibesarkan bersama mereka, pastinya kasih sayang dan ukhuwah sesama adik beradik begitu utuh di hati masing-masing. Tidak dapat dibayangkan apabila membuka mata selepas bangun dari tidur, selepas ini mereka tidak lagi dapat menatap wajah ahli keluarga yang mereka sayang di sisi mereka.

Yang paling terkesan sekali adalah Ibraheem Adham atau lebih dikenali sebagai Baem yang mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh. Baem sangat rapat dan menyayangi Qayyum dan Ameena seperti adik kandungnya sendiri.

Menerusi akaun Instagram Baem, Datin Shahida berkongsi video perbualannya bersama Baem sebelum tidur malam tadi. Datin Shahida menyuruh Baem mencium adiknya Qayyum sebelum pergi ke sekolah pagi ini kerana selepas ini Baem tidak akan dapat berjumpa Qayyum lagi.

Baem sangat sedih dan menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh mama dan bibiknya. Video yang dikongsikan ini membuatkan sesiapa sahaja boleh rasa sayu dan sedih menontonnya. Tidak dapat digambarkan situasi Baem bersama Qayyum sebelu pergi sekolah pagi tadi.

Tonton video di bawah :

” Baem sedih yom nak pergi esok !! x pe baem nanti mama bagi baem adik byk2 ya !! “

 

View this post on Instagram

 

Baem sesih yom nak pergi esok!! x pe baem nanti mama bagi baem adik byk2 ya!!🥰🥰

A post shared by Ibraheem Adham (@baem_adham) on

Auto Draft

Rata-rata netizen sebak menonton video Baem ini. Antara komen-komen netizen :

” Baem sayang Yom adik Baem… Semoga semua tabah dgn perpisahan ini.. pasti segalanya ada hikmahnya… “

” Sedihnye baem… Acik pun sedih tgk baem mcm ni.. Sabarlah sayang.. “

” Sedihnya. Terasa sangat kalau jd baem. Be strong baem & family. Allah tau ape yg terbaik utk kita. Semoga dua buah keluarga ni akan lebih rapat. InsyaAllah.. “

” Betul tu mulia sungguh hati dato n datin. Bukan mudah kita nak pulangkan benda yg kita sayang apatah lagi anak angkat yg dah dianggap macam anak kita sendiri. Tapi saya percaya dato n datin dah fikir yg terbaik utk kedua belah pihak sebelum membuat keputusan ni. Bersangka baik sahajalah sebab setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaAllah.. “

” Kesian abg baim bru tahu kne berpisah dgn adik yom… Ya Allah x sanggup hati ni… kesian sgt kasih sayang yg tulus yg x dpt diganti dgn harta benda.. “

” Sedih tgok… Bila da syg cmtu la. Sbb tu sblum nk bg, sblum nk amik kene fikir pnjg2. Kedua2 belah pihak kene fikir pnjg. Yg mberi ada perasaan, yg menrima pn ada perasaan. Nk redho tu bknnya senang.. “

” Aduhh menitis airmata ini dipagi jumaat ni.. Baem pun tahu adiknya akan tinggalkannya.. “

Auto Draft

Di bawah kami kongsikan beberapa video kenangan Baem bersama Qayyum :

 

View this post on Instagram

 

baem kata qayyum gemuk kuat makan😂

A post shared by Ibraheem Adham (@baem_adham) on

 

View this post on Instagram

 

Baem sayangg yom @babyterlajaklaris . Sbb yom good boy .. siapa sayang adik dia cuba komen 😍

A post shared by Ibraheem Adham (@baem_adham) on

Bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan put0s. Walaupun mereka bukan adik beradik kandung, tapi sudah dianggap seperti adik beradik sendiri. Kasih dan sayang sudah tersemai sejak kali pertama mereka bertemu.

Namun, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ini yang terbaik untuk Qayyum dan untuk kedua-dua pihak, baik keluarga Datuk Aliff dan juga keluarga kandung Qayyum.

Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Sama-sama kita doakan semoga Qayyum sentiasa dilindungi Allah setiap masa walau di mana dia berada.

Auto Draft

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ibraheem Adham

Ebby Yus Sendiri Tak Sangka Dengan Apa Ajak Shiro Telah Lakukan

“Kalau Saya Berborak Dengannya Dalam Bahasa Melayu, Dia Faham. Kemudian, Dia Balas Dalam Bahasa Inggeris.” – Hairul Azreen