in

“Sejak Sebelum ni Lagi Niat Nak Pergi”.. – Apa Yang Ajak Shiro Buat Dengan Duit Kemenangan Rm250,000 Buat Peminat Kagum! Semoga Tercapai Hajat yang Diimpikan

Rezeki menyebelahi kumpulan Shiro apabila diumum sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2018 yang membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Keputusan berkenaan telah pun diumumkan, sejurus kesemua peserta selesai membuat persembahan, malam tadi.

Gandingan hebat antara Ajak dan Shahrol,masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM250,000.

Ditanya mengenai hadiah kemenangan, Ajak memberitahu dia berhajat untukp menunaikan umrah bersama keluarganya.

“Saya rancang nak pergi umrah sekali lagi sebab dulu niat memang nak pergi umrah,tapi tak pergi juga…

“Sehinggalah tahun lepas, saya berpeluang pergi sana,” kata Ajak kepada MH sejurus selesai program realiti komedi yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam malam tadi.

Dalam masa yang sama, Ajak sempat berkongsi detik terindah ketika berada di Kota Suci itu.

“Masa saya di sana,saya berdoa agar dimurahkan rezeki…

“Setiba sahaja saya di Malaysia banyak tawaran saya dapat antaranya bidang pengacaraan, penyampai radio dan terlibat dalam program ini (Maharaja Lawak Mega), sekali gus kumpulan Shiro diangkat sebagai juara musim ini,” tambah Ajak.

Auto Draft

Lantas,Ajak menjelaskan bahawa dia akan menggunakan duit tersebut untuk menunaikan umrah bersama keluarga.

“Alhamdulillah doa yang saya pohon masa di sana (Mekah) termakbul oleh Allah…

“Jadi,duit ini bukanlah untuk saya berjalan-jalan,tapi saya gunakan ‘balik’ dan ucap terima kasih kepadaNya,” jelas Ajak.

Auto Draft

Manakala,Shahrol pula akan melakukan perkara yang sama (menunaikan umrah) bersama ibunya.

Dalam pada itu, kumpulan Bocey diumum sebagai naib juara, kumpulan Zero di tempat ketiga,diikuti kumpulan Puteh ditempat keempat dan tempat kelima, kumpulan Taman.

MLM 2018: Kemenangan Shiro tidak perlu dipertikai – Douglas Lim

KUMPULAN Shiro diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) sekali gus membawa pulang hadiah paling lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000.

Ketua Juri, Douglas Lim berkata, kemenangan Shiro tidak perlu dipertikai apabila melihat jumlah markah mereka jauh mendahului peserta lain.

“Mereka menunjukkan konsisten dari minggu pertama sehingga minggu ke-12. Pada semi final sebelum ini mereka agak kurang pada persembahan pertama dan mereka mengakuinya kerana mungkin tak cukup latihan,” katanya pada sidang media MLM 2018 di Royal Theatre, Shah Alam, Selangor malam tadi.

Ujarnya, dari aspek kematangan komedi iaitu kualiti jenaka dengan kepelbagaian lawak selain penggunaan seperti props, baju dan ‘sound effect’ menjadi suatu benda yang dibanggakan pada persembahan kelima peserta di final MLM 2018.

Auto Draft

Naib Juara MLM 2018 pula diberikan pada kumpulan Bocey dengan hadiah wang tunai sebanyak RM250,000.

Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Zero dengan wang kemenangan sebanyak RM150,000

Kumpulan Puteh meraih RM50,000 di tempat keempat manakala tempat kelima bersama RM15,000 dimenangi Taman.

Hadiah kesemua pemenang disampaikan Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh bersama pelakon popular, Wan Maimunah.

Dari segi keputusan markah Shiro meraih 74 peratus diikuti Bocey (67.29 peratus), Zero (66.93 peratus), Puteh (62.58 peratus) dan Taman (62.13 peratus).

VIDEO : Maharaja Lawak Mega 2018 Pentas Akhir | Highlights & Keputusan

Sumber : MH

 

“Kalau Saya Berborak Dengannya Dalam Bahasa Melayu, Dia Faham. Kemudian, Dia Balas Dalam Bahasa Inggeris.” – Hairul Azreen

Nak Kurus? Jangan Ambil 6 Jenis Makanan ini Pada Waktu Malam